Bagi mereka yang kulitnya cerah, saluran darah yang boleh dilihat pada bibir membuatkan bibir kelihatan berwarna walaupun ia sebenarnya tidak mengandungi pigmen. Untuk mereka yang berkulit gelap pula, bibir mengandungi tahap melanin yang tinggi yang membuatkan bibir kelihatan lebih tebal dan saluran darah hampir tidak kelihatan.
Bibir mempunyai lapisan perlindungan luar yang amat nipis. Apabila usia meningkat, lapisan yang nipis ini bertambah tipis. Untuk memburukkan lagi keadaan, kulit bibir tidak memiliki kelenjar peluh atau sebum. Tanpa lapisan perlindungan peluh dan minyak semula jadi ini, bibir cepat kering, mudah mengelupas dan menjadi tua lebih cepat berbanding kulit di bahagian-bahagian badan yang lain.
Satin Lips® Mask
Jadi cubalah gunakan Satin Lips® Lip Mask. Ia mengandungi manik-manik halus, bertindak secara lembut dan berkesan untuk mengelupaskan sel-sel kulit mati pada permukaan bibir yang menyebabkan bibir kelihatan kusam dan tak bermaya.
Satin Lips® Balm
Ujian klinikal menunjukkan bahawa satu aplikasi Satin Lips® Lip Balm sahaja sudah berkesan untuk melembapkan bibir sekurang-kurangnya selama enam jam.
Satin Lips® Lip Balm mengandungi ramuan bahan-bahan istimewa, termasuklah derivatif vitamin A dan E serta Ceramide 2, untuk membantu melembapkan bibir yang kering dan kasar. Balm ini melembapkan bibir sekurang-kurangnya selama enam jam, di samping membentuk satu perlindungan limunan untuk mengekalkan lembapan bibir.
BAHAN-BAHAN UTAMA & FUNGSI
Ekstrak teh hijau (ekstrak Camellia sinensis)
Antioksidan: Bahan ini, yang juga dikenali sebagai pemusnah radikal bebas, membantu melindungi kulit daripada kesan-kesan negatif akibat radikal bebas dari persekitaran.
Agen Penyegar: Terkenal dengan ciri-ciri yang menenang dan menyegarkan.
Derivatif Vitamin C (Askorbil palmitat)
Antioksidan: Bahan ini, yang juga dikenali sebagai pemusnah radikal bebas, membantu melindungi kulit daripada kesan-kesan negatif akibat radikal bebas dari persekitaran.
Derivatif Vitamin A (Retinil palmitat)
Perapi: Memperbaiki penampilan kulit (contohnya, kulit kelihatan lebih lembut, lebih licin).
Derivatif Vitamin E (Tokoferol acetat)
Antioksidan: Bahan ini, yang juga dikenali sebagai pemusnah radikal bebas, membantu melindungi kulit daripada kesan-kesan negatif akibat radikal bebas dari persekitaran.
Ceramide 2
Perapi: Memperbaiki penampilan kulit (contohnya, kulit kelihatan lebih lembut, lebih licin).
CARA PEMAKAIAN
Sapu masker dengan lembut pada bibir. Biarkan selama 1-2 minit. Bersihkan muka anda, termasuk bibir. Ini disusuli dengan pemakaian balm.
0 comments:
Post a Comment