Showing posts with label kulit kering. Show all posts
Showing posts with label kulit kering. Show all posts

Saturday, 7 April 2012

Mary Kay Botanical Effects Skin Care



Mary Kay Botanical Effects Skin Care, produk terbaru Mary Kay telah berada di Malaysia. Produk sedia boleh ditempah selepas 16 April ini. Packaging yang menarik, lebih mesra alam dan yang pasti akan membuatkan kulit anda terSENYUM :)



Kelebihan yang ketara :
  • Adunan botani yang dikhususkan untuk memberikan faedah holistik bagi menyerlahkan kulit sihat dan berseri.
  • Mengandungi kompleks botani kaya antioksidan yang baik untuk kulit anda.
  • Formula yang dikhususkan untuk semua jenis kulit supaya berasa seimbang dan dipulihkan.
  • Rejimen yang mudah dan harga yang berpatutan.
  • Bebas daripada pewarna sintetik atau wangian tambahan.
Formula Set ini nampaknya berbeza dari segi bahan botani yang digunakan berbanding Set Botanical terdahulu. Walau bagaimanapun, khasiat dan impaknya mestilah sama dan lebih lagi! Mari kita lihat bahan-bahan botani yang digunakan.

2 Bahan botani yang ekslusif yang bermanfaat untuk semua jenis kulit :
Silymarin dan Luo Han Gou iaitu bahan antioksidan berkuasa yang dapat membantu mempertahan kulit daripada kerosakan persekitaran, membantu menenangkan dan melegakan kulit. Klik gambar di bawah untuk membesarkannya dan baca seterusnya bagi setiap jenis kulit; Kulit Kering, Normal dan Berminyak.



Setiap daripada kita memang mempunyai kulit yang berbeza-beza dan unik. Sebab itulah produk Mary Kay amat memahami dan menghasilkan produk-produk yang telah menjalani beribu-ribu ujian bagi kesesuaian dan faedah pelanggan.

Terdapat 2 langkah asas iaitu 3-in-1 Cleanse dan Hydrate berharga hanya RM136 manakala untuk mendapatkan hasil yang lebih adalah lebih baik menambah Booster Set iaitu Freshener dan Masker berharga RM160. Kebaikan setiap jenis (3-in-1 Cleanse, Hydrater, Freshener dan Masker) mengikut setiap jenis kulit (Kulit Kering, Normal dan Berminyak) adalah seperti di gambar di bawah.


Untuk mengetahui "Adakah Kulit Anda Tersenyum?" Sila jawab soalan-soalan berikut :)

Sunday, 13 November 2011

TimeWise® Microdermabrasion Set

Perhatian kepada wanita-wanita berikut :

  • mempunyai garis halus dan pori yang ketara
  • mempunyai kulit yang kering dan beremping

TimeWise® Microdermabrasion Set telah menjadi jualan terlaris semenjak ia dilancarkan, menyediakan penjagaan kulit penemuan cemerlang yang tiada tandingan. Set ini mengandungi sistem dua bahagian ini yang bertindak serta-merta untuk melawan garis halus, mengecilkan pori dan mencergaskan semula kulit supaya ia tampak lebih lembut dan licin.



Lihat Youtube : 



Ia pantas melawan garis halus, memperhalus pori dan memperoleh kulit yang licin cantik. Dalam satu kajian pelanggan yang dijalankan oleh sebuah makmal penyelidikan bebas, selepas menggunakan TimeWise® Microdermabrasion Set hanya selama seminggu, para wanita menyaksikan penambahbaikan pada tekstur kulit, pengurangan garis halus dan pori kelihatan lebih kecil..

Langkah 1:
Refine ialah pengelupas termaju yang segera mencergaskan kulit untuk menampilkan permukaan yang lebih berseri dan tampak sihat. Losen putih berkrim ini mengandungi hablur pengelupasan:
o Mengisi dan menyuburkan kulit dari bawah melalui penambahan mikroperedaran. Proses ini membawa oksigen ke atas kulit untuk merangsang peredaran bagi menyerlahkan kulit yang tampak sihat dan berseri.
o Mengecilkan pori dengan cara menanggalkan sel kulit mati yang terbentuk secara semula jadi di dalam dan di sekeliling tepi setiap pori.
  
Langkah 2:
Replenish segera diserap ke dalam kulit untuk melicin dan melembutkannya. Serum lavender berwarna-warni yang ringan ini:
o Memberi khasiat dan menyuburkan kulit dari atas dengan Mary Kay® triple tea complex yang eksklusif.
o Membantu proses peremajaan dan melindungi kulit daripada bahan cemar persekitaran.
o Menenangkan kulit dan membantu mengembalikan keseimbangan.
o Menyediakan kulit untuk langkah penjagaan kulit seterusnya
.
Selepas hanya seminggu menggunakan TimeWise® Microdermabrasion Set *:
85%
Nampak penambahbaikan dari segi tekstur kulit
73%
Nampak pengurangan garis halus
71%
Nampak pori kelihatan lebih kecil
* Dalam satu kajian pengguna yang dijalankan oleh sebuah makmal penyelidikan bebas.

RAMUAN UTAMA & FUNGSI
Alumina
Pengelupas: Digunakan untuk menanggalkan sel kulit mati di permukaan secara lembut.
Triple-tea complex (Ekstrak daun Camellia)
Antioksidan: Terkenal sebagai penghapus radikal bebas, ramuan ini dimasukkan ke dalam produk untuk membantu melindungi kulit daripada kesan radikal bebas yang dijana oleh persekitaran.
Agen Penenang: Terkenal dengan ciri menenang dan menenteramkan.
Agen Penyegar: Bertindak sebagai astringen lembut.

PEMAKAIAN
Urutan
Catatan Tentang Pemakaian
Arahan
Membersih
Mengelupas
Menyegar
->Suplemen
Melembap
Melindungi
Mengemas


  • Gunakan 2-3 kali seminggu; selang dua hari untuk dipakai semula.
  • Jangan diikuti dengan produk rawatan akne.
  • Kurangkan kekerapan pemakaian untuk kulit yang manja/halus.



  • Selepas membersih, sapukan sedikit TimeWise® Microdermabrasion Langkah 1: Refine untuk membasahkan muka dengan hujung jari.
  • Bilas bersih dengan air suam, keringkan dengan cara menekan-nekan.
  • Gunakan hujung jari untuk sapukan Langkah 2: Replenish.






Friday, 5 August 2011

Kecantikan daripada Bahan Botani (Botanical Set Formula 1)

Serlahkan kecantikan semula jadi anda dengan kuasa botani tulen. Set penjagaan kulit yang lengkap ini dirumus khas bagi membawa kesegaran dan keindahan alam semula jadi kepada kulit untuk menyerikan lagi penampilan anda.


Setiap produk dalam koleksi Botanical Customized Skin Care mengandungi Bio-Enriched™ complex eksklusif kami yang diperkaya dengan ramuan campuran nutrien seperti ginseng, buah delima, dan oat.



FAKTA MENGGEMBIRAKAN: Menggunakan produk penjagaan kulit yang direka khusus untuk jenis kulit seseorang sememangnya memenuhi keperluan kulit untuk kelihatan terbaik!
           
 AHLI SAINS MARY KAY BERKATA,
“Koleksi kami diilhamkan daripada alam semula jadi dan dioptimumkan dengan teknologi tercanggih.”


Bunga raya (hibiscus) ditambahkan pada semua produk Formula 1 untuk membantu melegakan rasa ketat dan kemerahan yang berkaitan dengan kulit kering. Sistem kulit kering yang diperkaya dengan hibiscus segera melega, menenang dan melembutkan kulit serta memulihkan kulit dengan seri yang diperbaharui.



FAEDAH & PERAKUAN
  • Produk ini dirumus dengan Bio-Enriched™ complex eksklusif kami, diperkaya dengan campuran nutrien seperti ginseng, buah delima, dan oat, ditambah lagi bahan botani lain untuk mencipta formula khusus bagi kulit kering, kulit normal, atau kulit berminyak.
  • 88% daripada wanita Asia berkulit kering yang mengambil bahagian merasakan Botanical Customized Skin Care menjadikan kulit mereka berasa halus*.

* Berdasarkan perakuan pengguna yang terlibat dengan kajian selama 2 minggu.

BAGAIMANA IA BERTINDAK
Produk Botanical Customized Skin Care telah dirumus khas untuk menyuburkan kulit supaya kulit berasa terjaga dan berada dalam keadaan seimbang, iaitu gambaran kulit yang sihat.

RAMUAN UTAMA & FUNGSI
Bio-Enriched™ complex

Campuran ramuan yang termasuk ginseng, buah delima, dan oat.
Ginseng

Digunakan sebagai ramuan perapi kulit.
Buah Delima
Sumber kaya antioksidan yang terkenal dapat meneutralkan sebatian potensi berbahaya seperti radikal bebas.

Oat
Terkenal untuk membantu memperelok penampilan kulit kerana ia menenang dan melembapkan kulit.

Hibiscus
Membantu melegakan rasa ketat dan kemerahan yang sering dikaitkan dengan keadaan kulit kering.