Showing posts with label serum. Show all posts
Showing posts with label serum. Show all posts

Sunday, 24 August 2014

Cara penggunaan TimeWise® Plus+ Regena Serum

Regena-Firm™ Intensive Serum:

Dahi/Hidung – Dengan jari telunjuk, jari hantu dan jari manis, bermula dari tengah dahi. Sapukan dengan kedua-dua belah tangan di seluruh dahi dan kemudian ke arah pelipis dengan gerakan memutar bersama tekanan. Kemudian, sapukan pada hidung bermula di pertengahan bulu kening, menggunakan gerakan ke atas dan ke luar dan gerakan ke bawah, elakkan bahagian mata.

Sekitar Mulut/Pipi/Garis Rahang – Letak jari hantu dan jari manis pada hujung mulut, urutkan ke atas dan ke luar melalui gerakan memutar yang mengikuti atas pipi, ke arah pelipis, dan ke bawah mengikuti garis rahang dan akhirnya kembali ke hujung mulut. Ulangi beberapa kali. 

TimeWise® Plus+ Regena Serum & Correcting Eye info

Kompleks eksklusif TimeWise® Plus+ Regena-Firm™ menggabungkan faedah kuasa 3 yang penting bagi pembaharuan kulit: 
Peptida biomimetik yang membantu menyokong proses kritikal bagi pemulihan kulit.*  
Penggalak* asid hyaluronik membantu menyediakan kulit muda dan terangkat.  
Sel dasar tumbuhan membantu melindungi integriti matriks kulit, sumber ketegangan kulit.* 

Tambahan juga, Regena-Firm™ Intensive Serum: 
Direka untuk menggalakkan keanjalan kulit dengan mempengaruhi penghasilan Laminin-5 dan membantu mengurangkan kerosakan pada protein berdekatan dengan pertemuan derma epidermis, bahagian kulit yang memainkan peranan penting dalam komunikasi selular dan pertukaran nutrien. 
Diformulasikan untuk membantu menambahkan penghidratan penting.* Ia diformulasikan dengan botani marin (Codium Tomentosum) yang meningkatkan paras AQP3 (Aquaporin 3) dalam kulit.* Aquaporin ialah protein kulit yang mewujudkan saluran bagi pengaliran air ke bahagian yang paling diperlukan, dan membantu penghidratan kulit. AQP3 ialah sejenis aquaporin yang bukan sahaja mengangkut air tetapi gliserol yang mempunyai ciri-ciri perikatan-lembapan. Tambahan juga, ujian biofizikal menunjukkan bahawa penghidratan kulit berganda serta-merta apabila serum disapukan, dan membantu menyingkirkan kekeringan akibat penuaan kulit.  
Diformulasikan dengan botani berkuasa yang mengurangkan aktiviti enzim penurun-matriks.* Apabila usia kita meningkat, matriks dermal mula merosot lebih cepat daripada pemulihan kerana peningkatan aktiviti MMP (matrix metalloproteinases). Serum ini diformulasikan dengan Ekstrak Biji Argan yang mengurangkan aktiviti MMP.* 

*Berdasarkan ujian in vitro bahan utama

Tambahan juga, Regena-Firm™ Correcting Eye Cream:

Mempunyai sistem penghantaran cecair kristal yang membantu meningkatkan keberkesanan. Cecair kristal menyerupai ciri-ciri fizikal perintang kulit yang membantu formula agar bersesuaian dengan permukaan kulit. Sistem penghantaran inovatif ini juga membantu menyokong perintang kulit.  
Menentang penampilan garisan mendalam, kedutan dan kulit kendur. Apabila usia kita meningkat, kulit kehilangan ketumpatan, keanjalan dan ketegangan yang boleh menyebabkan kedutan dan kulit kendur. Formula mengandungi bahan-bahan (derivatif Vitamin C, Ekstrak Kacang Manis, adenosine) yang dikenali sebagai penggalak penghasilan kolagen.*  
Menentang bengkak dan lingkaran hitam. Formula ini mengandungi bahan khusus (ekstrak pelbagai tumbuhan, antioksidan dan peptida) yang menggalakkan penyingkiran cecair* lebihan dan mengurangkan faktor-faktor penyebab lingkaran hitam. 
Menentang kerutan dan kulit kering. Correcting Eye Cream mengandungi bahan-bahan yang dikenali membantu dalam pembaharuan asid hyaluronik* dan membantu menyediakan penghidratan jangka masa panjang.
*Berdasarkan kajian in vitro bahan utama

Tuesday, 26 February 2013

Cara-cara menggunakan TimeWise Replenishing Serum +C

Digunakan selepas langkah Penyegar(Freshener)/Pelembut(Moisture Renewal) dan sebelum memakai produk Esen dan Pelembab (Moisturiser).

Tips pemakaian
1. Ratakan produk di muka dgn gerakan menghala ke luar selepas langkah membersih/menyegar/mengelupas, tetapi sebelum memakai  Esen, Day/Night Solution dan pelembab.

# Gunakan jumlah yang sama pada pagi dan malam selama 7 hari sebelum meneruskan botol baru.

# Setiap kali mengguna, keluarkan jumlah produk yg secukupnya untuk menggerakkan paras produk ke garis yang seterusnya di tingkap vial (botol).
Oleh sebab botol kedap udara, anda akan dapati paras produk itu bergerak dari bawah pembungkusan ke arah pam di bahagian atas pembungkusan.

# Jika terdapat sebarang produk tertinggal selepas 7 hari penggunaan 2 kali sehari.. yakinlah bahawa saki-baki produk masih selamat digunakan kerana pembungkusan pam kedap udara dan sumber asli vitamin c membantu memastikan kesegaran produk ini.

P/S Malam ni nak start pakai.. tu yg review lagi tu.. tengok muka muda jelita  lepas ni.. wink2

Thursday, 1 September 2011

The Mary Kay ® System For Acne-Prone Skin (Set Jerawat)

UJIAN KLINIKAL MENUNJUKKAN BAHAWA MARY KAY® SYSTEM FOR ACNE-PRONE SKIN MEMBAWAKAN HASIL DALAM MASA 3 HARI SAHAJA*. PRODUK INI BERKESAN KERANA IA DIRUMUS UNTUK MENGENDALAKAN KITARAN AKNE.
 *Hasil yang dapat disaksikan pada tahap menyeluruh kecelaan akne dalam satu kajian klinikal yang dijalankan di sebuah makmal bebas di bawah penyeliaan seorang ahli dermatologi.


FAEDAH PRODUK & PERAKUAN
Dirumus dengan 2% asid salisilik, produk ini menembusi pori untuk membersihkan minyak dan daki terperangkap, membantu membersihkan kecelaan akne dan mengawal minyak berlebihan. Semua produk ini mengandungi bahan botani seperti Canadian willowherb, sea heather dan burdock root.


  • Clarifying Cleanser for Acne-Prone Skin ialah formula jernih, ringan yang memastikan kulit mati di permukaan tidak terkumpul di dalam pori serta membantu menanggalkan minyak berlebihan. Ia cepat bertukar kepada busa lembut dan dibilas bersih tanpa meninggalkan sisa, menjadikan kulit bersih, segar dan sedia untuk langkah seterusnya.
  • Pore-Purifying Serum for Acne-Prone Skin ialah serum lut cahaya, lembut bak sutera yang membantu mengawal minyak yang menyebabkan jerawat. Ia cepat meresap dan membantu mengecilkan pori serta mengurangkan kilat muka. Ia dirumus untuk disapu pada seluruh muka, kecuali di kawasan mata.
  • Spot Solution for Acne-Prone Skin mengatasi kecelaan dan membantu mengurangkan bakal letusan kulit. Krim yang sangat berkesan ini cepat meresap dan tidak meninggalkan sisa. Ia dirumus untuk dipakai pada kecelaan berasingan, bukannya disapu pada seluruh muka.

BEGINILAH SISTEM INI BERFUNGSI
Akne berpunca daripada satu rangkaian peristiwa. Untuk memastikan kulit bersih dan bebas daripada akne, kitaran ini perlu dikendalikan, dan Mary Kay® System for Acne-Prone Skin dirumus untuk menjalankan tugas ini.


  • Memastikan pori tidak tersumbat - Apabila minyak dihasilkan, ia mengembara ke atas dan keluar melalui pori untuk melincirkan kulit. Tetapi dalam kes kulit yang mudah diserang akne, sel kulit mati yang biasanya tanggal begitu sahaja telah terkumpul di dalam pori, memerangkap minyak di dalamnya. Clarifying Cleanser for Acne-Prone Skin dirumus untuk menanggalkan kulit mati di permukaan daripada pori.
  • Membantu mengurangkan minyak berlebihan - Minyak dihasilkan dalam kelenjar sebum yang terletak di bawah permukaan kulit. Sementara sejumlah tertentu minyak diperlukan untuk melembutkan kulit serta mengekalkan sekatan pelindungnya, minyak berlebihan boleh menyumbat pori. Mary Kay® System for Acne-Prone Skin dirumus untuk membantu menanggalkan minyak berlebihan.

Urutan

  1. Clarifying Cleanser for Blemish-Prone Skin
  2. Pore-Purifying Serum for Blemish-Prone Skin
  3. Spot Solution for Blemish-Prone Skin
  4. Any Mary Kay® product that offers sun protection
  5. Any Mary Kay® oil-free moisturizer (jika perlu)

Ciri-ciri
Sesuai untuk semua jenis kulit, Bebas wangian, Bebas minyak dan Tidak Komedogenik