Kalau nak tahu, MINYAK dan LEMBAPAN adalah dua perkara yang berbeza. Kulit berminyak juga boleh kehilangan lembapan dan menjadi kulit yang kering.
Faktor-faktor seperti suhu, kelembapan, usia dan hormon boleh menjejaskan keseimbangan lembapan kulit.
Pakar-pakar mengesyorkan pelembapan OPTIMUM untuk semua jenis kulit agar kulit lebih lembut, lebih halus dan tampil lebih muda.
Agen pelembap dalam rangkaian penjagaan kulit Mary Kay adalah penting untuk membekalkan lembapan yang diperlukan oleh kulit. Sesetengah wanita mungkin memerlukan beberapa hydrasi tambahan pada waktu-waktu yang berlainan, dan itulah sebabnya Mary Kay menyediakan produk-produk yang dirumus khas untuk meningkatkan hidrasi kulit.
Jika anda nak tahu yang mana satu sesuai untuk anda, sila lihat carta perbandingan ini :
CARTA PERBANDINGAN PELEMBAP EKSTRA HIDRAT | ||
Produk | Intense Moisturizing Cream | Oil-Free Hydrating Gel |
Jenis Kulit | Kulit kering | Kulit normal hingga berminyak |
Produk | Krim yang pekat dan penuh berkhasiat | Gel tidak berminyak dengan formula ringan |
Keistimewaan Produk | Kulit serta-merta kelihatan berseri dan terasa sungguh halus dan lembut. Melembapkan kulit sehingga 10 jam. | Gel tidak berminyak ini diserap dengan mudah untuk menyejukkan dan menyegarkan kulit. Mengekalkan lembapan kulit sehingga 10 jam. |
Syor Penggunaan | Sapu selepas menggunakan pelembap biasa anda, sekerap yang perlu – pagi, malam atau kedua-duanya. | Sapu selepas menggunakan pelembap biasa anda, sekerap yang perlu – pagi, malam atau kedua-duanya. |
Sesiapa yang mempunyai kulit jenis NORMAL hinggalah yang BERMINYAK sesuai menggunakan Oil-Free Hydrating Gel. Ianya tidak berminyak dan diserap dengan mudah untuk menyejukkan dan menyegarkan kulit. Ia dapat menghidrasi kulit sehingga 10 jam lamanya.
BAHAN-BAHAN UTAMA DAN FUNGSI
Dimethicone
Perapi: Memperbaiki penampilan kulit (seperti kulit kelihatan lebih lembut dan lebih licin).
Emolien: Membantu mengekalkan penampilan kulit yang lembut, licin dan halus.
Ekstrak teh hijau (Ekstrak camellia sinesis )
Antioksidan: Bahan ini, yang juga dikenali sebagai pemusnah radikal bebas, berkesan menolong melindungi kulit daripada kesan-kesan negatif akibat radikal bebas dari persekitaran.
Agen Penyegar: Terkenal dengan ciri-ciri yang mampu menenangkan dan melegakan kulit.
0 comments:
Post a Comment