Showing posts with label TimeWise. Show all posts
Showing posts with label TimeWise. Show all posts

Monday, 31 December 2012

Pengembaraan Balkan 2012 : Zagreb, Croatia and Sarajevo, Bosnia (10 - 11 October 2012)

Perjalanan diteruskan dari Budapest ke Zagreb pada pagi 10 Oktober 2012 menaiki train. Cun tak posing dalam train. Siap ada IC lagi tu padahal tak laku di sana hehe. Beg saya di sebelah tu lah yang diusung ke sana ke mari. Selain map, info, air dan barang peribadi lain, tak sah kalau tak ada Mary Kay Travel Set Timewise, Liquid Foundation dan Coral Lipstick untuk membuatkan saya segar sepanjang hari :)


Di tengah-tengah syok naik train, kena turun pula dan naik bas ekspress. Dont know why, maybe ada rail yang rosak whatsoever, tapi akhirnya rasa bersyukur naik bas sebab dapat lihat scene tepi jalan dengan melalui kampung-kampung dan pekan-pekan ke Zagreb.


Saya boleh simpulkan bahawa orang Croatia rajin-rajin dan amat mementingkan keceriaan dan kebersihan rumah mereka. Puntung kayu symbol of men yang kuat kerja dan bunga-bunga memenuhi halaman rumah menandakan tuan rumah yang rajin menanam. Tak macam saya yang tanam rumput dan lalang je haha.

Akhirnya sampai ke homestay kepunyaan this lady, juga dalam keadaan yang kemas dan teratur. Semua barang IKEA dan pandai dia menggunakan ruang yang terhad. Meh kasi gambar buat contoh.





Ini di hadapan salah satu park di Zagreb. 



Ban Jelacic Square di Zagreb. Di sini kami bertemu dengan seorang rakan web bernama Zrinka yang masih berhubung di FB sehingga kini. Beliaulah yang membawa dan menerangkan interested place di Zagreb dan membawa kami dinner di sebuah restoran Bosnian.

BOSNIA-HERZEGOVINA

Nama Bosnia masih utuh lagi dalam ingatan disebabkan situasi perang yang melanda penduduk Sarajevo pada 1992-1995. Gerun juga melihat kesan perang seperti kesan tembakan di dinding-dinding bangunan yang telah runtuh. Walau bagaimanapun, bandar ini antara bandar yang saya suka kerana mostly Muslim dan mudah mencari makanan yang halal.

 Berhenti di 'RnR' dalam perjalanan dari Zagreb ke Sarajevo.

 Subhanallah, alhamdulillah dapat lihat keindahan bumi Allah.

 Al Fatihah untuk warga Bosnian.


Akhirnya sampai di Stesen bas di Sarajevo. Gunalah Euroline untuk perjalanan yang selesa dan boleh book online awal heheh.

 Kami menetap di Old Town Sarajevo dan gambar di atas adalah kawasan Bascarsija. Kami hired travel agent untuk menerangkan sejarah Sarajevo.

Singgah solat dan melihat-lihat kawasan Wakaf Gazi Husrev-Begov.

Sunday, 13 November 2011

TimeWise Night Restore & Recover Complex




TimeWise Night Restore & Recover Complex; sesuai dengan  namanya telah melalui penyelidikan 6 tahun dan melebihi 100 kajian spesifik berfungsi untuk memelihara :

  • mencetuskan kolagen baru*
  • mensasarkan matriks kulit*

dan memulihkan kulit :


  • memulihkan perintang kulit*
  • pulih daripada kerosakan harian.
Ia mengandungi  
  1. Palmitoyl Tetrapeptide-7 - Mencetuskan penghasilan kolagen baru
  2. Cotton Seed Extract - Menggalakkan pemulihan kulit*; mengurangkan kesan kerosakan harian*
  3. Chestnut Seed Extract - Menggalakkan pusing ganti sel kulit*
  4. Pomegranate Sterols - membantu memperkuat dan menstabilkan perintan gkulit, dan mengekalkan paras lembapan
  5. Acai Berry Extract  -Membantu mengisi semula kehilangan antioksidan pada siang hari
Nota * : berdasarkan ujian in vitro.

Testimoni saya : Selepas 3 hari dah nampak pori semakin mengecil dan kulit semakin lembut bak sutera. Parut hitam bertambah pudar; sukanya saya!



Cara pemakaian :

Teknik Urustan Muka bleh membantu otot-otot muka relaks dan seterusnya merangsang saluran darah di bawah kulit. Cara melegakan tekanan dan keletihan melalui pengalaman yang relaks dan memanjakan ini membantu kulit dan badan bersedia untuk tidur yang lena :)

Jumlah yang disyorkan : (Jumlah mungkin berbeza untuk saiz muk yang berbeza serta cara pemakaiannya).
Muka : 2 pam; Leher : 1 pam

DAHI : Mula dari tengah, urut ke arah luar dgn gerakan memutar.


KAWASAN MATA/HIDUNG : Mula di celah kening, urut dengan gerakan memutar ke atas dengan bentuk U. Tamatkan dengan menekan kedua-dua pelipis, urut dengan tiga pusingan ikut putaran jam dan tiga pusiangan ikut putaran lawan jam.


SEKITAR MULUT/PIPI : Urut ke arah atas dan luar dengan gerakan memutar. Ulang beberapa kali.


THROAT : Gunakan strok ke atas dan ke luar dari tulang bahu ke dasar dagu. Gerakkan jari ke tengah dagu, urutkan pula ke aarah luar di sepanjang garis rahang hingga ke cuping telinga. Tip Istimewa : Tambahkan tekanan di bawah cuping telinga, urut dengan putaran tiga kali mengikut putaran jam dan tiga kali ikut lawan untuk melegakan tekanan.

TimeWise® Microdermabrasion Set

Perhatian kepada wanita-wanita berikut :

  • mempunyai garis halus dan pori yang ketara
  • mempunyai kulit yang kering dan beremping

TimeWise® Microdermabrasion Set telah menjadi jualan terlaris semenjak ia dilancarkan, menyediakan penjagaan kulit penemuan cemerlang yang tiada tandingan. Set ini mengandungi sistem dua bahagian ini yang bertindak serta-merta untuk melawan garis halus, mengecilkan pori dan mencergaskan semula kulit supaya ia tampak lebih lembut dan licin.



Lihat Youtube : 



Ia pantas melawan garis halus, memperhalus pori dan memperoleh kulit yang licin cantik. Dalam satu kajian pelanggan yang dijalankan oleh sebuah makmal penyelidikan bebas, selepas menggunakan TimeWise® Microdermabrasion Set hanya selama seminggu, para wanita menyaksikan penambahbaikan pada tekstur kulit, pengurangan garis halus dan pori kelihatan lebih kecil..

Langkah 1:
Refine ialah pengelupas termaju yang segera mencergaskan kulit untuk menampilkan permukaan yang lebih berseri dan tampak sihat. Losen putih berkrim ini mengandungi hablur pengelupasan:
o Mengisi dan menyuburkan kulit dari bawah melalui penambahan mikroperedaran. Proses ini membawa oksigen ke atas kulit untuk merangsang peredaran bagi menyerlahkan kulit yang tampak sihat dan berseri.
o Mengecilkan pori dengan cara menanggalkan sel kulit mati yang terbentuk secara semula jadi di dalam dan di sekeliling tepi setiap pori.
  
Langkah 2:
Replenish segera diserap ke dalam kulit untuk melicin dan melembutkannya. Serum lavender berwarna-warni yang ringan ini:
o Memberi khasiat dan menyuburkan kulit dari atas dengan Mary Kay® triple tea complex yang eksklusif.
o Membantu proses peremajaan dan melindungi kulit daripada bahan cemar persekitaran.
o Menenangkan kulit dan membantu mengembalikan keseimbangan.
o Menyediakan kulit untuk langkah penjagaan kulit seterusnya
.
Selepas hanya seminggu menggunakan TimeWise® Microdermabrasion Set *:
85%
Nampak penambahbaikan dari segi tekstur kulit
73%
Nampak pengurangan garis halus
71%
Nampak pori kelihatan lebih kecil
* Dalam satu kajian pengguna yang dijalankan oleh sebuah makmal penyelidikan bebas.

RAMUAN UTAMA & FUNGSI
Alumina
Pengelupas: Digunakan untuk menanggalkan sel kulit mati di permukaan secara lembut.
Triple-tea complex (Ekstrak daun Camellia)
Antioksidan: Terkenal sebagai penghapus radikal bebas, ramuan ini dimasukkan ke dalam produk untuk membantu melindungi kulit daripada kesan radikal bebas yang dijana oleh persekitaran.
Agen Penenang: Terkenal dengan ciri menenang dan menenteramkan.
Agen Penyegar: Bertindak sebagai astringen lembut.

PEMAKAIAN
Urutan
Catatan Tentang Pemakaian
Arahan
Membersih
Mengelupas
Menyegar
->Suplemen
Melembap
Melindungi
Mengemas


  • Gunakan 2-3 kali seminggu; selang dua hari untuk dipakai semula.
  • Jangan diikuti dengan produk rawatan akne.
  • Kurangkan kekerapan pemakaian untuk kulit yang manja/halus.



  • Selepas membersih, sapukan sedikit TimeWise® Microdermabrasion Langkah 1: Refine untuk membasahkan muka dengan hujung jari.
  • Bilas bersih dengan air suam, keringkan dengan cara menekan-nekan.
  • Gunakan hujung jari untuk sapukan Langkah 2: Replenish.






TimeWise Moisture Renewing Softener



Produk baru ini melembut, menghidrat dan menyediakan kulit supaya mendapat kebaikan daripada setiap titisan produk TimeWise :)
TimeWise Moisture Renewing Softener mengandungi

  • Vitamin B3 (Niacinimide) - memperkuat perintang kulit
  • Sodium Hyaluronate - Menarik dan mengekalkan lembapan
  • Myrtus Communis dan Letil Seed Extracts - membantu menyokong matriks derma kulit
Produk yang tiada alkohol ini berfungsi untuk memberi kelembapan, mengurangkan pori dan bersama-sama produk TimeWise lain untuk menentang usia.

Testimonial saya : First time guna rasa sangat bersih dan lebih cerah. Ditambah pula guna TimeWise Night Recover and Restore. Esok rasa lagi lembut kulit; selembut sutera :)






Sunday, 7 August 2011

Set TimeWise Miracle (Untuk Kulit Kombinasi/berminyak atau Kulit Normal/Kering)


Set ini berfungsi untuk melawan penuaan secara berkesan. Ianya menggunakan formula sains penjagaan wajah yang terkini untuk menjadikan kulit lebih muda dengan berkurangnya garis-garis halus dan kedutan. Menjadikan kulit lebih tegang dan ton kulit lebih rata. Gunakan dengan berkesan bersama-sama Penyelesaian Siang beserta Pelindung Matahari SPF 25* TimeWise®* dan Penyelesaian Malam TimeWise®! Set ini merangkumi
  • Pembersih Muka 3-dalam-1 TimeWise® (Untuk Kulit Kombinasi/berminyak atau Normal/Kering)
  • Pelembab Menentang Penuaan (Untuk Kulit Normal/Kering)
  • Penyelesaian Siang beserta Pelindung Matahari SPF 25* TimeWise®
  • Penyelesaian Malam TimeWise®
Klik di sini untuk melihat kesan dramatik sebelum-dan-selepas.
Klik di sini untuk melihat susunan pemakaian set penjagaan wajah.


Testimoni saya : Saya telah memakai produk ini sejak 6 bulan lepas. Al-maklumlah, usia dah meningkat ke 3 series, perlulah bersedia untuk menentang tanda-tanda penuaan. Isk isk..
Baru sehari guna, saya dah rasa perbezaan yang lebih baik di mana Set Normal/Dry yang sesuai dengan kulit saya, betul-betul membuatkan kulit lebih lembut dan memberi kelembapan yang sekata. Tiada lagi kulit mengelupas kerana kering dek aircond di office mahupun di bilik tidur.
Set ini juga mengandungi Day Solution yang mengandungi SPF 25. Night Solution pula memberi kesan di mana kulit lebih halus pada keesokan hari. Penggunaan Cleanser dengan teknik yang betul membuatkan kulit yang dulu kusam dan ber'jerawat nasi' menjadi licin dan lembut *macam kulit baby :) Lagi best, nampak lebih muda.. hu2