Showing posts with label muka. Show all posts
Showing posts with label muka. Show all posts

Friday, 15 March 2013

Kelas Penjagaan Wajah Putrajaya

Kami sekumpulan akan mengadakan Bengkel/Kelas Penjagaan Wajah; Teknik Awet Muda; Tips terbaik untuk merawat muka.. khas untuk anda yang berada di sekitar Putrajaya, Bangi, Serdang, Kajang, Seri kembangan, Dengkil, Cyberjaya dan kawasan2 lain yang sewaktu dengannya.. Heh panjang tu.

Kelas ini akan diadakan di Bilik Bincang 2, Aras 1, Kompleks Kejiranan Presint 16 Putrajaya.

Pada 16 Mac (Sabtu) jam 10 pagi sehingga 2 petang.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan :
1. Rawatan percuma wajah (bermasalah atau tidak)
2. Rawatan percuma bibir mungil
3. Rawatan percuma tangan selembut sutera
4. Ilmu dan teknik penjagaan wajah
5. Asas makeup dan makeover wajah
6. Kawan baru
7. Sampel percuma dan byk lagi!!

Hubungi saya segera 019.3221.900 dan berikan nama anda.

Kalau terlepas peluang ini, tempahlah waktu yang lain untuk saya hadir ke tempat anda dan jangan menyesal jika tidak mengetahui tips2 ini lebih awal ;)

Monday, 14 November 2011

Manfaat dari TIDURR

Tidur yang tenang bukan sahaja dapat menyegarkan badan tetapi minda dan emosi juga.
SO, ini ada beberapa tips yang boleh bantu kita mendapatkan manfaat daripada TIDUR.. iya.. tidurrr..
1. Elakkan senaman yang meletihkan ketika hampir nak tidur. Sebaiknya buat senama sederhana seperti regangan leher, bahu, bhgn belakang.. untuk relakskan badan setelah seharian bekerja serta dapat meningkatkan kualiti tidur kita.
2. Ganti bantal setiap 1.5 - 2 tahun. Pastikan kepala dan bantal berada pada level yang betul dengan tulang belakang.
3. Postur tidur. Cuba tidur telentang dengan  bantal di bawah lutut untuk menyokong pinggang.
4. Elakkan makan banyak. Orang sekarang ni semakin ramai di kedai mamak malam-malam hehe. Elakkan makan banyak sewaktu nak tidur kerana perkara ini boleh merangsang sistem pencernaan dan akhirnya mengganggu tidur kita. Elakkan juga minuman kafein dalam tempoh 4 jam sebelum tidur.
5. Mandi air hangat sebelum tidur tetapi bukannya dari shower kerana ini akan merangsang, bukannya melegakan. Luangkan beberapa minit untuk cuci dan urut kawasan muka kerana ini akan memembantu kita tidur. Gunakanlah beberapa produk MaryKay seperti TimeWise Night Restore & Recover Complex dan Moisture Renewing Gel Mask

SELAMAT MALAM :)