Masalah :
- Wajah cela
- Nada kulit tidak sekata
- Kulit gelap dan tidak berseri
- Bintik hitam
- Timbul perubahan warna tidak sekata
- Jeragat
- Kulit kerap terdedah kepada matahari
Fakta: Nada kulit tidak sekata dan bintik hitam boleh menjadikan kulit kelihatan lebih tua; oleh itu, kulit wajah tanpa cela adalah penting kepada wanita pada semua peringkat usia.
Sesiapa sahaja yang inginkan wajah tanpa cela, nada kulit lebih sekata, kulit wajah lebih cerah dan berseri, mereka yang ingin mengurangkan bintik hitam serta perubahan warna sambil melindungi kulit mereka daripada kerosakan UV yang berterusan.
Mary Kay® MelaCEP™ Whitening System ialah satu pendekatan komprehensif untuk mencerahkan kulit serta mengurangkan kemunculan bintik hitam.
MelaCEP™ Whitening System dirumus untuk mengatasi pelbagai punca nada kulit tidak sekata, membawakan faedah yang diidamkan wanita:
- Membantu menyekat bintik hitam muncul di permukaan kulit
- Membantu merata dan mencerahkan kulit wajah
- Membantu melindungi kulit daripada terus diancam kerosakan matahari dan stres persekitaran yang lain
Selepas menggunakan MelaCEP™ Whitening System dalam satu kajian pengguna secara mendalam, majoriti daripada wanita yang mengambil bahagian melihat * faedah yang berikut:
• 91% melihat kulit mereka lebih berkilau dan diperelok secara keseluruhannya
• 88% melihat kulit mereka lebih cerah dengan nada kulit lebih sekata
• 78% melihat kejernihan kulit mereka dikembalikan
*Selepas menggunakan produk ini selama 10 hari dalam satu kajian yang dijalankan di sebuah makmal penyelidikan bebas.
Faedah-faedah daripada MelaCEP™ Whitening System juga telah disahkan dalam satu kajian klinikal yang dijalankan di Asia oleh seorang ahli dermatologi terkemuka, yang berikut ialah laporan beliau *:
Penambahbaikan sebanyak 25% dari segi keketaraan bintik hitam.
* Selepas kajian klinikal selama 12 minggu yang dijalankan di sebuah makmal penyelidikan bebas.
SISTEM INI MEMBEKALKAN FAEDAH YANG DISASARKAN UNTUK HASIL YANG MAKSIMUM
Setiap produk dalam MelaCEP™ Whitening System memainkan peranan yang penting untuk membekalkan faedah sistem ini:
- Foaming Cleanser. Formula berkrim ini bercampur dengan air untuk menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan secara lembut.
- Mask. Masker kaya lembapan ini menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan berasa lebih lembut dan licin.
- Freshener. Formula lembut menlengkapkan proses pembersihan, menjadikan kulit segar, licin dan sihat.
- Dark Spot Serum. Pembungkusan dengan bebuli penggelek memudahkan serum jernih ini disapu secara langsung pada bintik hitam, mengurangkan kemunculannya dalam jangka panjang. Formula ringan yang amat berkesan ini mengandungi askorbil glukosida.
- Essence. Serum cepat meresap yang membantu mengembalikan kejernihan. Pembungkusan inovatifnya memastikan formula yang mengandungi askorbil glukosida, berada dalam persekitaran sifar udara untuk mengekalkan keberkesanannya.
- Day Moisturizer with SPF 15. Formula ringan, pelembap ini melindungi kulit daripada ancaman UV, mengandungi askorbil glukosida. Potensi formula ini disimpan dalam pam sifar udara.
- Night Cream. Belailah kulit anda dengan krim mewah ini sambil anda tidur. Formula yang mengandungi askorbil glukosida ini menjadikan kulit berasa seimbang dan dilembapkan.
- Foundation Primer with SPF 15. Dirumus dengan ramuan yang mempunyai faedah meresap cahaya supaya kulit kelihatan lebih sekata, penghalang matahari yang berkesan pula membantu melindungi kulit daripada kerosakan seterusnya.
ARAHAN PEMAKAIAN
Waktu pagi:
- Foaming Cleanser
- Freshener
- Dark Spot Serum
- Essence
- Day Moisturizer with SPF 15
- Foundation Primer with SPF 15
Waktu petang:
- Foaming Cleanser
- Mask (guna 2 hingga 3 kali seminggu)
- Freshener
- Dark Spot Serum
- Essence
- Night Cream
0 comments:
Post a Comment