Showing posts with label kulit. Show all posts
Showing posts with label kulit. Show all posts

Sunday, 21 July 2013

TimeWise Plus

TimeWise Plus+
Mencipta masa depan yang baru untuk kulit anda
TimeWise Plus+ membantu menyediakan kulit muda dan terangkat, menegangkan dan memulihkan ketumpatan dengan kuasa yang dibekalkan daripada sel dasar tumbuhan dan peptida.

1. TimeWise Plus Regena-Firm Correcting Eye Cream

  • Membantu menegangkan kulit bahagian mata
  • Mengurangkan kesembapan
  • Mengurangkan penampilan kedutan
  • Mengurangkan lingkaran hitam
  • Menegangkan kulit kendur bahagian mata
  • Sistem penghantaran kristal cecair meningkatkan keberkesanan
  • Kristal cecair menyerikan mata
  • Menyediakan pelembapan selama 12 jam.


2. TimeWise Plus+ Regena-Firm Intensive Serum.

  • Membantu bahagian garis rahang kelihatan tegang
  • Membantu memberikan definisi dan menyempurnakan kontur muka
  • Mengukuh dan menegangkan kulit kendur
  • Mengembalikan keanjalan
  • Mengekalkan ketegangan sepanjang hari
  • Bahagian leher kelihatan tegang, garis halus dan kedutan kurang ketara
  • Menggandakan penghidratan kulit serta-merta

Tuesday, 19 March 2013

Istilah Penjagaan Kulit

Meh kita belajar glosari berkaitan kulit

Akne - keadaan kulit tercela termasuklah bintik hitam, bintik putih, jerawat atau cyst yang disebabkan oleh terkumpulnya protein keratin, bakteria dan minyak dalam pori2 kulit.

Antioksidan - pelindung yang dapat melawan radikal bebas (pencemaran seperti asap, bahan toksik, ion negatif dll)

Kolagen - protein struktur yang mbentuk rangkaian protein yang berserat di dalam dermis uang menjadikannya pejal dan anjal.

Dermis - lapisan sel di bawah epidermis.

Tuesday, 1 November 2011

TimeWise® Replenishing Serum+C

AHLI SAINS MARY KAY BERKATA,
Perlukan rupa baru? TimeWise® Replenishing Serum+C mempunyai faedah * yang dapat membantu. Serum yang kaya dengan antioksidan ini dirumus dengan ramuan yang memperkuat kolagen baru, mengekalkan kolagen sedia ada supaya tidak terurai. Ia juga mengandungi ramuan yang dikenal pasti dapat menyokong elastin, sejenis protein yang membekalkan keanjalan atau “spring” kulit. Kesan keseluruhannya? Satu rupa baru yang positif.





FAEDAH DAN PERAKUAN
Satu kajian pengguna yang mendalam menunjukkan faedah-faedah ** yang dialami wanita setelah menggunakan TimeWise® Replenishing Serum+C. Keputusannya menjelaskan segala-galanya:
• 89% mengatakan kulit mereka tampak terangkat dan lebih mudah pulih
• 86% mengatakan kulit mereka tampak lebih sihat
• 79% mengatakan kulit mereka tampak lebih muda
• 90% mengatakan kulit mereka tampak lebih elok

BAGAIMANA IA BERTINDAK
• Serum bernilai yang kaya dengan antioksidan ini dirumus dengan ramuan yang menggalakkan penghasilan kolagen baru serta membantu mengekalkan kolagen sedia ada supaya tidak terurai.
• Ia juga mengandungi ramuan yang dikenal pasti dapat menyokong elastin, sejenis protein yang membawa keanjalan atau “spring” kepada kulit.

ARAHAN PEMAKAIAN
• Sapukan tiga pam produk ini secara rata di muka dengan gerakan ke atas dan ke luar. Gunakan tiga pam setiap kali, iaitu tiga pam pada waktu pagi dan tiga pam pada waktu malam. (Serum ini juga boleh digunakan di kawasan leher dan garis leher, tetapi ini mungkin memerlukan lebih banyak serum). Produk ini tidak boleh digunakan di kawasan mata, maka ia tidak diuji di sekitar mata. Penggunaannya tidak disyorkan di kawasan ini.
• Sapukan selepas membersih, mengelupas dan menyegarkan kulit, dan gunalah sebelum Day Solution Sunscreen SPF25, Night Solution dan/atau pelembap. 








Thursday, 1 September 2011

The Melacep™ Whitening System

Masalah :
  • Wajah cela
  • Nada kulit tidak sekata
  • Kulit gelap dan tidak berseri
  • Bintik hitam
  • Timbul perubahan warna tidak sekata
  • Jeragat
  • Kulit kerap terdedah kepada matahari


Fakta: Nada kulit tidak sekata dan bintik hitam boleh menjadikan kulit kelihatan lebih tua; oleh itu, kulit wajah tanpa cela adalah penting kepada wanita pada semua peringkat usia.

Sesiapa sahaja yang inginkan wajah tanpa cela, nada kulit lebih sekata, kulit wajah lebih cerah dan berseri, mereka yang ingin mengurangkan bintik hitam serta perubahan warna sambil melindungi kulit mereka daripada kerosakan UV yang berterusan.

Mary Kay® MelaCEP™ Whitening System ialah satu pendekatan komprehensif untuk mencerahkan kulit serta mengurangkan kemunculan bintik hitam.


MelaCEP™ Whitening System dirumus untuk mengatasi pelbagai punca nada kulit tidak sekata, membawakan faedah yang diidamkan wanita:
  • Membantu menyekat bintik hitam muncul di permukaan kulit
  • Membantu merata dan mencerahkan kulit wajah
  • Membantu melindungi kulit daripada terus diancam kerosakan matahari dan stres persekitaran yang lain


Selepas menggunakan MelaCEP™ Whitening System dalam satu kajian pengguna secara mendalam, majoriti daripada wanita yang mengambil bahagian melihat * faedah yang berikut:
• 91% melihat kulit mereka lebih berkilau dan diperelok secara keseluruhannya
• 88% melihat kulit mereka lebih cerah dengan nada kulit lebih sekata
• 78% melihat kejernihan kulit mereka dikembalikan

*Selepas menggunakan produk ini selama 10 hari dalam satu kajian yang dijalankan di sebuah makmal penyelidikan bebas.

Faedah-faedah daripada MelaCEP™ Whitening System juga telah disahkan dalam satu kajian klinikal yang dijalankan di Asia oleh seorang ahli dermatologi terkemuka, yang berikut ialah laporan beliau *:
Penambahbaikan sebanyak 25% dari segi keketaraan bintik hitam.
* Selepas kajian klinikal selama 12 minggu yang dijalankan di sebuah makmal penyelidikan bebas.

SISTEM INI MEMBEKALKAN FAEDAH YANG DISASARKAN UNTUK HASIL YANG MAKSIMUM
Setiap produk dalam MelaCEP™ Whitening System memainkan peranan yang penting untuk membekalkan faedah sistem ini:
  • Foaming Cleanser. Formula berkrim ini bercampur dengan air untuk menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan secara lembut.
  • Mask. Masker kaya lembapan ini menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan berasa lebih lembut dan licin.
  • Freshener. Formula lembut menlengkapkan proses pembersihan, menjadikan kulit segar, licin dan sihat.
  • Dark Spot Serum. Pembungkusan dengan bebuli penggelek memudahkan serum jernih ini disapu secara langsung pada bintik hitam, mengurangkan kemunculannya dalam jangka panjang. Formula ringan yang amat berkesan ini mengandungi askorbil glukosida.
  • Essence. Serum cepat meresap yang membantu mengembalikan kejernihan. Pembungkusan inovatifnya memastikan formula yang mengandungi askorbil glukosida, berada dalam persekitaran sifar udara untuk mengekalkan keberkesanannya.
  • Day Moisturizer with SPF 15. Formula ringan, pelembap ini melindungi kulit daripada ancaman UV, mengandungi askorbil glukosida. Potensi formula ini disimpan dalam pam sifar udara.
  • Night Cream. Belailah kulit anda dengan krim mewah ini sambil anda tidur. Formula yang mengandungi askorbil glukosida ini menjadikan kulit berasa seimbang dan dilembapkan.
  • Foundation Primer with SPF 15. Dirumus dengan ramuan yang mempunyai faedah meresap cahaya supaya kulit kelihatan lebih sekata, penghalang matahari yang berkesan pula membantu melindungi kulit daripada kerosakan seterusnya.


ARAHAN PEMAKAIAN
Waktu pagi:

  • Foaming Cleanser
  • Freshener
  • Dark Spot Serum
  • Essence
  • Day Moisturizer with SPF 15
  • Foundation Primer with SPF 15

Waktu petang:

  • Foaming Cleanser
  • Mask (guna 2 hingga 3 kali seminggu)
  • Freshener
  • Dark Spot Serum
  • Essence
  • Night Cream