Tuesday, 1 November 2011

TimeWise® Replenishing Serum+C

AHLI SAINS MARY KAY BERKATA,
Perlukan rupa baru? TimeWise® Replenishing Serum+C mempunyai faedah * yang dapat membantu. Serum yang kaya dengan antioksidan ini dirumus dengan ramuan yang memperkuat kolagen baru, mengekalkan kolagen sedia ada supaya tidak terurai. Ia juga mengandungi ramuan yang dikenal pasti dapat menyokong elastin, sejenis protein yang membekalkan keanjalan atau “spring” kulit. Kesan keseluruhannya? Satu rupa baru yang positif.





FAEDAH DAN PERAKUAN
Satu kajian pengguna yang mendalam menunjukkan faedah-faedah ** yang dialami wanita setelah menggunakan TimeWise® Replenishing Serum+C. Keputusannya menjelaskan segala-galanya:
• 89% mengatakan kulit mereka tampak terangkat dan lebih mudah pulih
• 86% mengatakan kulit mereka tampak lebih sihat
• 79% mengatakan kulit mereka tampak lebih muda
• 90% mengatakan kulit mereka tampak lebih elok

BAGAIMANA IA BERTINDAK
• Serum bernilai yang kaya dengan antioksidan ini dirumus dengan ramuan yang menggalakkan penghasilan kolagen baru serta membantu mengekalkan kolagen sedia ada supaya tidak terurai.
• Ia juga mengandungi ramuan yang dikenal pasti dapat menyokong elastin, sejenis protein yang membawa keanjalan atau “spring” kepada kulit.

ARAHAN PEMAKAIAN
• Sapukan tiga pam produk ini secara rata di muka dengan gerakan ke atas dan ke luar. Gunakan tiga pam setiap kali, iaitu tiga pam pada waktu pagi dan tiga pam pada waktu malam. (Serum ini juga boleh digunakan di kawasan leher dan garis leher, tetapi ini mungkin memerlukan lebih banyak serum). Produk ini tidak boleh digunakan di kawasan mata, maka ia tidak diuji di sekitar mata. Penggunaannya tidak disyorkan di kawasan ini.
• Sapukan selepas membersih, mengelupas dan menyegarkan kulit, dan gunalah sebelum Day Solution Sunscreen SPF25, Night Solution dan/atau pelembap. 








0 comments:

Post a Comment