Sunday, 13 November 2011

TimeWise Night Restore & Recover Complex




TimeWise Night Restore & Recover Complex; sesuai dengan  namanya telah melalui penyelidikan 6 tahun dan melebihi 100 kajian spesifik berfungsi untuk memelihara :

  • mencetuskan kolagen baru*
  • mensasarkan matriks kulit*

dan memulihkan kulit :


  • memulihkan perintang kulit*
  • pulih daripada kerosakan harian.
Ia mengandungi  
  1. Palmitoyl Tetrapeptide-7 - Mencetuskan penghasilan kolagen baru
  2. Cotton Seed Extract - Menggalakkan pemulihan kulit*; mengurangkan kesan kerosakan harian*
  3. Chestnut Seed Extract - Menggalakkan pusing ganti sel kulit*
  4. Pomegranate Sterols - membantu memperkuat dan menstabilkan perintan gkulit, dan mengekalkan paras lembapan
  5. Acai Berry Extract  -Membantu mengisi semula kehilangan antioksidan pada siang hari
Nota * : berdasarkan ujian in vitro.

Testimoni saya : Selepas 3 hari dah nampak pori semakin mengecil dan kulit semakin lembut bak sutera. Parut hitam bertambah pudar; sukanya saya!



Cara pemakaian :

Teknik Urustan Muka bleh membantu otot-otot muka relaks dan seterusnya merangsang saluran darah di bawah kulit. Cara melegakan tekanan dan keletihan melalui pengalaman yang relaks dan memanjakan ini membantu kulit dan badan bersedia untuk tidur yang lena :)

Jumlah yang disyorkan : (Jumlah mungkin berbeza untuk saiz muk yang berbeza serta cara pemakaiannya).
Muka : 2 pam; Leher : 1 pam

DAHI : Mula dari tengah, urut ke arah luar dgn gerakan memutar.


KAWASAN MATA/HIDUNG : Mula di celah kening, urut dengan gerakan memutar ke atas dengan bentuk U. Tamatkan dengan menekan kedua-dua pelipis, urut dengan tiga pusingan ikut putaran jam dan tiga pusiangan ikut putaran lawan jam.


SEKITAR MULUT/PIPI : Urut ke arah atas dan luar dengan gerakan memutar. Ulang beberapa kali.


THROAT : Gunakan strok ke atas dan ke luar dari tulang bahu ke dasar dagu. Gerakkan jari ke tengah dagu, urutkan pula ke aarah luar di sepanjang garis rahang hingga ke cuping telinga. Tip Istimewa : Tambahkan tekanan di bawah cuping telinga, urut dengan putaran tiga kali mengikut putaran jam dan tiga kali ikut lawan untuk melegakan tekanan.

0 comments:

Post a Comment