Friday, 2 September 2011

Satin Lips® Set

Bagi mereka yang kulitnya cerah, saluran darah yang boleh dilihat pada bibir membuatkan bibir kelihatan berwarna walaupun ia sebenarnya tidak mengandungi pigmen. Untuk mereka yang berkulit gelap pula, bibir mengandungi tahap melanin yang tinggi yang membuatkan bibir kelihatan lebih tebal dan saluran darah hampir tidak kelihatan.

Bibir mempunyai lapisan perlindungan luar yang amat nipis. Apabila usia meningkat, lapisan yang nipis ini bertambah tipis. Untuk memburukkan lagi keadaan, kulit bibir tidak memiliki kelenjar peluh atau sebum. Tanpa lapisan perlindungan peluh dan minyak semula jadi ini, bibir cepat kering, mudah mengelupas dan menjadi tua lebih cepat berbanding kulit di bahagian-bahagian badan yang lain.


Satin Lips® Mask

Jadi cubalah gunakan Satin Lips® Lip Mask. Ia mengandungi manik-manik halus, bertindak secara lembut dan berkesan untuk mengelupaskan sel-sel kulit mati pada permukaan bibir yang menyebabkan bibir kelihatan kusam dan tak bermaya.

Satin Lips® Balm

Ujian klinikal menunjukkan bahawa satu aplikasi Satin Lips® Lip Balm sahaja sudah berkesan untuk melembapkan bibir sekurang-kurangnya selama enam jam.

Satin Lips® Lip Balm mengandungi ramuan bahan-bahan istimewa, termasuklah derivatif vitamin A dan E serta Ceramide 2, untuk membantu melembapkan bibir yang kering dan kasar. Balm ini melembapkan bibir sekurang-kurangnya selama enam jam, di samping membentuk satu perlindungan limunan untuk mengekalkan lembapan bibir.

BAHAN-BAHAN UTAMA & FUNGSI
Ekstrak teh hijau (ekstrak Camellia sinensis)
Antioksidan: Bahan ini, yang juga dikenali sebagai pemusnah radikal bebas, membantu melindungi kulit daripada kesan-kesan negatif akibat radikal bebas dari persekitaran.
Agen Penyegar: Terkenal dengan ciri-ciri yang menenang dan menyegarkan.

Derivatif Vitamin C (Askorbil palmitat)
Antioksidan: Bahan ini, yang juga dikenali sebagai pemusnah radikal bebas, membantu melindungi kulit daripada kesan-kesan negatif akibat radikal bebas dari persekitaran.

Derivatif Vitamin A (Retinil palmitat)
Perapi: Memperbaiki penampilan kulit (contohnya, kulit kelihatan lebih lembut, lebih licin).

Derivatif Vitamin E (Tokoferol acetat)
Antioksidan: Bahan ini, yang juga dikenali sebagai pemusnah radikal bebas, membantu melindungi kulit daripada kesan-kesan negatif akibat radikal bebas dari persekitaran.

Ceramide 2
Perapi: Memperbaiki penampilan kulit (contohnya, kulit kelihatan lebih lembut, lebih licin).


CARA PEMAKAIAN
Sapu masker dengan lembut pada bibir. Biarkan selama 1-2 minit. Bersihkan muka anda, termasuk bibir. Ini disusuli dengan pemakaian balm. 






Thursday, 1 September 2011

TimeWise® Targeted-Action™ Eye Revitalizer

KENYATAAN TEGUH
Selepas hanya dua minggu, 7 daripada 10 wanita mengatakan lingkaran hitam dan kesembapan di bawah mata mereka sudah kurang ketara*
* Dalam satu kajian pengguna yang dijalankan oleh sebuah makmal penyelidikan bebas.

FAKTA: Ratusan ramuan telah diuji secara ekstensif oleh ahli-ahli sains di Makmal Penjagaan Kulit Mary Kay untuk mencari yang paling berkesan bagi mengatasi pelbagai punca penyebab lingkaran hitam dan kesembapan di bawah mata.

Kerana terdapat pelbagai faktor luaran dan dalaman yang boleh menyebabkan lingkaran hitam dan kesembapan di bawah mata. Masalah kecantikan biasa ini selalunya sukar diurus. Inilah yang menjadikan TimeWise® Targeted-Action™ Eye Revitalizer begitu hebat.


BAGAIMANA IA BERTINDAK
  • Kejadian lingkaran hitam dan kesembapan di bawah mata mungkin disebabkan oleh dedahan persekitaran, penuaan dan melanin berlebihan.
  • Ahli-ahli sains Mary Kay menentukan ramuan yang paling berkesan untuk mengatasi pelbagai punca berlakunya lingkaran hitam dan kesembapan di bawah mata.
  • Kebanyakan daripada ramuan ini diperoleh daripada bahan botani dan digabungkan dengan peptide dan bahan bukan botani yang lain, ia berupaya memberikan hasil yang paling menakjubkan.


RAMUAN UTAMA & FUNGSI
Citrus peel (Apigenen)
Antioksidan

  • Telah menunjukkan keupayaan merapi dan mengatasi unsur persekitaran tertentu
  • Membantu melindungi kulit dan mengekalkan sekatan penyokong semula jadi

Ekstrak Mentimun (Cucumis sativa)
Agen Penenang

  • Menunjukkan keupayaan mengurangkan kemunculan nada kulit tidak sekata

Ekstrak Isirung Oat (Avena sativa)
Perapi dan Agen Penenang

  • Menunjukkan keupayaan merapikan kulit, membantu mengatasi usur persekitaran tertentu. 

Gotu kola (Centella asiatica)
Perapi dan Agen Penyegar

  • Membantu melindungi kulit dan mengekalkan sekatan penyokong semula jadi
  • Meningkatkan mikroperedaran untuk mengelakkan cecair berlebihan terkumpul di bawah mata.

Catatan urutan pemakaian
Sebelum memakai mana-mana produk kawasan mata, letakkan bebuli penggelek di satu sudut mata dan gelek aplikator itu ke arah sudut berentangan dan kembali ke tempat asal. Ini sudah memadai untuk anda.

Arahan
Pegang botol pada satu sudut untuk mengeluarkan serum pada bebuli penggelek. Luncurkan bebuli penggelek di kawasan bawah mata, tidak perlu menekan. Tepuk secara lembut dengan jari manis.

Ciri-ciri
Sesuai untuk semua jenis kulit, Bebas wangian, Bebas minyak, Tidak Komedogenik, Diuji oleh Pakar Oftalmologi dan sesuai dengan pemakai kanta lekap



The Melacep™ Whitening System

Masalah :
  • Wajah cela
  • Nada kulit tidak sekata
  • Kulit gelap dan tidak berseri
  • Bintik hitam
  • Timbul perubahan warna tidak sekata
  • Jeragat
  • Kulit kerap terdedah kepada matahari


Fakta: Nada kulit tidak sekata dan bintik hitam boleh menjadikan kulit kelihatan lebih tua; oleh itu, kulit wajah tanpa cela adalah penting kepada wanita pada semua peringkat usia.

Sesiapa sahaja yang inginkan wajah tanpa cela, nada kulit lebih sekata, kulit wajah lebih cerah dan berseri, mereka yang ingin mengurangkan bintik hitam serta perubahan warna sambil melindungi kulit mereka daripada kerosakan UV yang berterusan.

Mary Kay® MelaCEP™ Whitening System ialah satu pendekatan komprehensif untuk mencerahkan kulit serta mengurangkan kemunculan bintik hitam.


MelaCEP™ Whitening System dirumus untuk mengatasi pelbagai punca nada kulit tidak sekata, membawakan faedah yang diidamkan wanita:
  • Membantu menyekat bintik hitam muncul di permukaan kulit
  • Membantu merata dan mencerahkan kulit wajah
  • Membantu melindungi kulit daripada terus diancam kerosakan matahari dan stres persekitaran yang lain


Selepas menggunakan MelaCEP™ Whitening System dalam satu kajian pengguna secara mendalam, majoriti daripada wanita yang mengambil bahagian melihat * faedah yang berikut:
• 91% melihat kulit mereka lebih berkilau dan diperelok secara keseluruhannya
• 88% melihat kulit mereka lebih cerah dengan nada kulit lebih sekata
• 78% melihat kejernihan kulit mereka dikembalikan

*Selepas menggunakan produk ini selama 10 hari dalam satu kajian yang dijalankan di sebuah makmal penyelidikan bebas.

Faedah-faedah daripada MelaCEP™ Whitening System juga telah disahkan dalam satu kajian klinikal yang dijalankan di Asia oleh seorang ahli dermatologi terkemuka, yang berikut ialah laporan beliau *:
Penambahbaikan sebanyak 25% dari segi keketaraan bintik hitam.
* Selepas kajian klinikal selama 12 minggu yang dijalankan di sebuah makmal penyelidikan bebas.

SISTEM INI MEMBEKALKAN FAEDAH YANG DISASARKAN UNTUK HASIL YANG MAKSIMUM
Setiap produk dalam MelaCEP™ Whitening System memainkan peranan yang penting untuk membekalkan faedah sistem ini:
  • Foaming Cleanser. Formula berkrim ini bercampur dengan air untuk menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan secara lembut.
  • Mask. Masker kaya lembapan ini menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan berasa lebih lembut dan licin.
  • Freshener. Formula lembut menlengkapkan proses pembersihan, menjadikan kulit segar, licin dan sihat.
  • Dark Spot Serum. Pembungkusan dengan bebuli penggelek memudahkan serum jernih ini disapu secara langsung pada bintik hitam, mengurangkan kemunculannya dalam jangka panjang. Formula ringan yang amat berkesan ini mengandungi askorbil glukosida.
  • Essence. Serum cepat meresap yang membantu mengembalikan kejernihan. Pembungkusan inovatifnya memastikan formula yang mengandungi askorbil glukosida, berada dalam persekitaran sifar udara untuk mengekalkan keberkesanannya.
  • Day Moisturizer with SPF 15. Formula ringan, pelembap ini melindungi kulit daripada ancaman UV, mengandungi askorbil glukosida. Potensi formula ini disimpan dalam pam sifar udara.
  • Night Cream. Belailah kulit anda dengan krim mewah ini sambil anda tidur. Formula yang mengandungi askorbil glukosida ini menjadikan kulit berasa seimbang dan dilembapkan.
  • Foundation Primer with SPF 15. Dirumus dengan ramuan yang mempunyai faedah meresap cahaya supaya kulit kelihatan lebih sekata, penghalang matahari yang berkesan pula membantu melindungi kulit daripada kerosakan seterusnya.


ARAHAN PEMAKAIAN
Waktu pagi:

  • Foaming Cleanser
  • Freshener
  • Dark Spot Serum
  • Essence
  • Day Moisturizer with SPF 15
  • Foundation Primer with SPF 15

Waktu petang:

  • Foaming Cleanser
  • Mask (guna 2 hingga 3 kali seminggu)
  • Freshener
  • Dark Spot Serum
  • Essence
  • Night Cream 




The Mary Kay ® System For Acne-Prone Skin (Set Jerawat)

UJIAN KLINIKAL MENUNJUKKAN BAHAWA MARY KAY® SYSTEM FOR ACNE-PRONE SKIN MEMBAWAKAN HASIL DALAM MASA 3 HARI SAHAJA*. PRODUK INI BERKESAN KERANA IA DIRUMUS UNTUK MENGENDALAKAN KITARAN AKNE.
 *Hasil yang dapat disaksikan pada tahap menyeluruh kecelaan akne dalam satu kajian klinikal yang dijalankan di sebuah makmal bebas di bawah penyeliaan seorang ahli dermatologi.


FAEDAH PRODUK & PERAKUAN
Dirumus dengan 2% asid salisilik, produk ini menembusi pori untuk membersihkan minyak dan daki terperangkap, membantu membersihkan kecelaan akne dan mengawal minyak berlebihan. Semua produk ini mengandungi bahan botani seperti Canadian willowherb, sea heather dan burdock root.


  • Clarifying Cleanser for Acne-Prone Skin ialah formula jernih, ringan yang memastikan kulit mati di permukaan tidak terkumpul di dalam pori serta membantu menanggalkan minyak berlebihan. Ia cepat bertukar kepada busa lembut dan dibilas bersih tanpa meninggalkan sisa, menjadikan kulit bersih, segar dan sedia untuk langkah seterusnya.
  • Pore-Purifying Serum for Acne-Prone Skin ialah serum lut cahaya, lembut bak sutera yang membantu mengawal minyak yang menyebabkan jerawat. Ia cepat meresap dan membantu mengecilkan pori serta mengurangkan kilat muka. Ia dirumus untuk disapu pada seluruh muka, kecuali di kawasan mata.
  • Spot Solution for Acne-Prone Skin mengatasi kecelaan dan membantu mengurangkan bakal letusan kulit. Krim yang sangat berkesan ini cepat meresap dan tidak meninggalkan sisa. Ia dirumus untuk dipakai pada kecelaan berasingan, bukannya disapu pada seluruh muka.

BEGINILAH SISTEM INI BERFUNGSI
Akne berpunca daripada satu rangkaian peristiwa. Untuk memastikan kulit bersih dan bebas daripada akne, kitaran ini perlu dikendalikan, dan Mary Kay® System for Acne-Prone Skin dirumus untuk menjalankan tugas ini.


  • Memastikan pori tidak tersumbat - Apabila minyak dihasilkan, ia mengembara ke atas dan keluar melalui pori untuk melincirkan kulit. Tetapi dalam kes kulit yang mudah diserang akne, sel kulit mati yang biasanya tanggal begitu sahaja telah terkumpul di dalam pori, memerangkap minyak di dalamnya. Clarifying Cleanser for Acne-Prone Skin dirumus untuk menanggalkan kulit mati di permukaan daripada pori.
  • Membantu mengurangkan minyak berlebihan - Minyak dihasilkan dalam kelenjar sebum yang terletak di bawah permukaan kulit. Sementara sejumlah tertentu minyak diperlukan untuk melembutkan kulit serta mengekalkan sekatan pelindungnya, minyak berlebihan boleh menyumbat pori. Mary Kay® System for Acne-Prone Skin dirumus untuk membantu menanggalkan minyak berlebihan.

Urutan

  1. Clarifying Cleanser for Blemish-Prone Skin
  2. Pore-Purifying Serum for Blemish-Prone Skin
  3. Spot Solution for Blemish-Prone Skin
  4. Any Mary Kay® product that offers sun protection
  5. Any Mary Kay® oil-free moisturizer (jika perlu)

Ciri-ciri
Sesuai untuk semua jenis kulit, Bebas wangian, Bebas minyak dan Tidak Komedogenik