Sunday, 24 August 2014

TimeWise® Plus+ Regena Serum & Correcting Eye info

Kompleks eksklusif TimeWise® Plus+ Regena-Firm™ menggabungkan faedah kuasa 3 yang penting bagi pembaharuan kulit: 
Peptida biomimetik yang membantu menyokong proses kritikal bagi pemulihan kulit.*  
Penggalak* asid hyaluronik membantu menyediakan kulit muda dan terangkat.  
Sel dasar tumbuhan membantu melindungi integriti matriks kulit, sumber ketegangan kulit.* 

Tambahan juga, Regena-Firm™ Intensive Serum: 
Direka untuk menggalakkan keanjalan kulit dengan mempengaruhi penghasilan Laminin-5 dan membantu mengurangkan kerosakan pada protein berdekatan dengan pertemuan derma epidermis, bahagian kulit yang memainkan peranan penting dalam komunikasi selular dan pertukaran nutrien. 
Diformulasikan untuk membantu menambahkan penghidratan penting.* Ia diformulasikan dengan botani marin (Codium Tomentosum) yang meningkatkan paras AQP3 (Aquaporin 3) dalam kulit.* Aquaporin ialah protein kulit yang mewujudkan saluran bagi pengaliran air ke bahagian yang paling diperlukan, dan membantu penghidratan kulit. AQP3 ialah sejenis aquaporin yang bukan sahaja mengangkut air tetapi gliserol yang mempunyai ciri-ciri perikatan-lembapan. Tambahan juga, ujian biofizikal menunjukkan bahawa penghidratan kulit berganda serta-merta apabila serum disapukan, dan membantu menyingkirkan kekeringan akibat penuaan kulit.  
Diformulasikan dengan botani berkuasa yang mengurangkan aktiviti enzim penurun-matriks.* Apabila usia kita meningkat, matriks dermal mula merosot lebih cepat daripada pemulihan kerana peningkatan aktiviti MMP (matrix metalloproteinases). Serum ini diformulasikan dengan Ekstrak Biji Argan yang mengurangkan aktiviti MMP.* 

*Berdasarkan ujian in vitro bahan utama

Tambahan juga, Regena-Firm™ Correcting Eye Cream:

Mempunyai sistem penghantaran cecair kristal yang membantu meningkatkan keberkesanan. Cecair kristal menyerupai ciri-ciri fizikal perintang kulit yang membantu formula agar bersesuaian dengan permukaan kulit. Sistem penghantaran inovatif ini juga membantu menyokong perintang kulit.  
Menentang penampilan garisan mendalam, kedutan dan kulit kendur. Apabila usia kita meningkat, kulit kehilangan ketumpatan, keanjalan dan ketegangan yang boleh menyebabkan kedutan dan kulit kendur. Formula mengandungi bahan-bahan (derivatif Vitamin C, Ekstrak Kacang Manis, adenosine) yang dikenali sebagai penggalak penghasilan kolagen.*  
Menentang bengkak dan lingkaran hitam. Formula ini mengandungi bahan khusus (ekstrak pelbagai tumbuhan, antioksidan dan peptida) yang menggalakkan penyingkiran cecair* lebihan dan mengurangkan faktor-faktor penyebab lingkaran hitam. 
Menentang kerutan dan kulit kering. Correcting Eye Cream mengandungi bahan-bahan yang dikenali membantu dalam pembaharuan asid hyaluronik* dan membantu menyediakan penghidratan jangka masa panjang.
*Berdasarkan kajian in vitro bahan utama

0 comments:

Post a Comment