Setiap produk dalam koleksi Botanical Customized Skin Care mengandungi Bio-Enriched™ complex eksklusif kami yang diperkaya dengan ramuan campuran nutrien seperti ginseng, buah delima, dan oat.
FAKTA MENGGEMBIRAKAN: Menggunakan produk penjagaan kulit yang direka khusus untuk jenis kulit seseorang sememangnya memenuhi keperluan kulit untuk kelihatan terbaik!
AHLI SAINS MARY KAY BERKATA,
“Koleksi kami diilhamkan daripada alam semula jadi dan dioptimumkan dengan teknologi tercanggih.”
Bunga raya (hibiscus) ditambahkan pada semua produk Formula 1 untuk membantu melegakan rasa ketat dan kemerahan yang berkaitan dengan kulit kering. Sistem kulit kering yang diperkaya dengan hibiscus segera melega, menenang dan melembutkan kulit serta memulihkan kulit dengan seri yang diperbaharui.
FAEDAH & PERAKUAN
- Produk ini dirumus dengan Bio-Enriched™ complex eksklusif kami, diperkaya dengan campuran nutrien seperti ginseng, buah delima, dan oat, ditambah lagi bahan botani lain untuk mencipta formula khusus bagi kulit kering, kulit normal, atau kulit berminyak.
- 88% daripada wanita Asia berkulit kering yang mengambil bahagian merasakan Botanical Customized Skin Care menjadikan kulit mereka berasa halus*.
* Berdasarkan perakuan pengguna yang terlibat dengan kajian selama 2 minggu.
BAGAIMANA IA BERTINDAK
Produk Botanical Customized Skin Care telah dirumus khas untuk menyuburkan kulit supaya kulit berasa terjaga dan berada dalam keadaan seimbang, iaitu gambaran kulit yang sihat.
RAMUAN UTAMA & FUNGSI | |
Bio-Enriched™ complex | Campuran ramuan yang termasuk ginseng, buah delima, dan oat. |
Ginseng | Digunakan sebagai ramuan perapi kulit. |
Buah Delima | Sumber kaya antioksidan yang terkenal dapat meneutralkan sebatian potensi berbahaya seperti radikal bebas. |
Oat | Terkenal untuk membantu memperelok penampilan kulit kerana ia menenang dan melembapkan kulit. |
Hibiscus | Membantu melegakan rasa ketat dan kemerahan yang sering dikaitkan dengan keadaan kulit kering. |
0 comments:
Post a Comment