Sunday, 24 August 2014

Cara penggunaan TimeWise® Plus+ Regena Serum

Regena-Firm™ Intensive Serum:

Dahi/Hidung – Dengan jari telunjuk, jari hantu dan jari manis, bermula dari tengah dahi. Sapukan dengan kedua-dua belah tangan di seluruh dahi dan kemudian ke arah pelipis dengan gerakan memutar bersama tekanan. Kemudian, sapukan pada hidung bermula di pertengahan bulu kening, menggunakan gerakan ke atas dan ke luar dan gerakan ke bawah, elakkan bahagian mata.

Sekitar Mulut/Pipi/Garis Rahang – Letak jari hantu dan jari manis pada hujung mulut, urutkan ke atas dan ke luar melalui gerakan memutar yang mengikuti atas pipi, ke arah pelipis, dan ke bawah mengikuti garis rahang dan akhirnya kembali ke hujung mulut. Ulangi beberapa kali. 

TimeWise® Plus+ Regena Serum & Correcting Eye info

Kompleks eksklusif TimeWise® Plus+ Regena-Firm™ menggabungkan faedah kuasa 3 yang penting bagi pembaharuan kulit: 
Peptida biomimetik yang membantu menyokong proses kritikal bagi pemulihan kulit.*  
Penggalak* asid hyaluronik membantu menyediakan kulit muda dan terangkat.  
Sel dasar tumbuhan membantu melindungi integriti matriks kulit, sumber ketegangan kulit.* 

Tambahan juga, Regena-Firm™ Intensive Serum: 
Direka untuk menggalakkan keanjalan kulit dengan mempengaruhi penghasilan Laminin-5 dan membantu mengurangkan kerosakan pada protein berdekatan dengan pertemuan derma epidermis, bahagian kulit yang memainkan peranan penting dalam komunikasi selular dan pertukaran nutrien. 
Diformulasikan untuk membantu menambahkan penghidratan penting.* Ia diformulasikan dengan botani marin (Codium Tomentosum) yang meningkatkan paras AQP3 (Aquaporin 3) dalam kulit.* Aquaporin ialah protein kulit yang mewujudkan saluran bagi pengaliran air ke bahagian yang paling diperlukan, dan membantu penghidratan kulit. AQP3 ialah sejenis aquaporin yang bukan sahaja mengangkut air tetapi gliserol yang mempunyai ciri-ciri perikatan-lembapan. Tambahan juga, ujian biofizikal menunjukkan bahawa penghidratan kulit berganda serta-merta apabila serum disapukan, dan membantu menyingkirkan kekeringan akibat penuaan kulit.  
Diformulasikan dengan botani berkuasa yang mengurangkan aktiviti enzim penurun-matriks.* Apabila usia kita meningkat, matriks dermal mula merosot lebih cepat daripada pemulihan kerana peningkatan aktiviti MMP (matrix metalloproteinases). Serum ini diformulasikan dengan Ekstrak Biji Argan yang mengurangkan aktiviti MMP.* 

*Berdasarkan ujian in vitro bahan utama

Tambahan juga, Regena-Firm™ Correcting Eye Cream:

Mempunyai sistem penghantaran cecair kristal yang membantu meningkatkan keberkesanan. Cecair kristal menyerupai ciri-ciri fizikal perintang kulit yang membantu formula agar bersesuaian dengan permukaan kulit. Sistem penghantaran inovatif ini juga membantu menyokong perintang kulit.  
Menentang penampilan garisan mendalam, kedutan dan kulit kendur. Apabila usia kita meningkat, kulit kehilangan ketumpatan, keanjalan dan ketegangan yang boleh menyebabkan kedutan dan kulit kendur. Formula mengandungi bahan-bahan (derivatif Vitamin C, Ekstrak Kacang Manis, adenosine) yang dikenali sebagai penggalak penghasilan kolagen.*  
Menentang bengkak dan lingkaran hitam. Formula ini mengandungi bahan khusus (ekstrak pelbagai tumbuhan, antioksidan dan peptida) yang menggalakkan penyingkiran cecair* lebihan dan mengurangkan faktor-faktor penyebab lingkaran hitam. 
Menentang kerutan dan kulit kering. Correcting Eye Cream mengandungi bahan-bahan yang dikenali membantu dalam pembaharuan asid hyaluronik* dan membantu menyediakan penghidratan jangka masa panjang.
*Berdasarkan kajian in vitro bahan utama

Wednesday, 6 August 2014

True Dimension Lipstick NEW Colour!

Warna-warna baru untuk hari-hari baru yang mencabar ;)

Kalau sebelum ini bestseller adalah Color Me Coral, Natural Beaute dan Firecracker.. kini True Dimension lipstick pemikat wajah ada warna-warna baru iaitu Coral Bliss, Citrus Flirt, Sassy Fuchsia dan Tangerine Pop.

Cubalah satu! Anda pasti tidak menyesal.

#Boleh rujuk post terdahulu ya..

http://beautylieson.blogspot.com/2013/08/lipstick-new-dimension-in-color.html?m=1

Satin Hand Pampering Set ~Honey Dew Limited Edition

Haruman yang menyegarkan ini mencergas dan membelai tangan anda serta memberikan tangan yang lembut dan licin dalam tiga langkah mudah.

Langkah 1
Gunakan pelembap tangan untuk memberikan penghidratan segera dengan mengunci lembapan dan memastikan tangan dilindungi dan bersedia untuk langmah seterusnya. Tangan akan berasa licin, lembut bak sutera dan halus.

Langkah 2
Skrub tangan membersih dan mengelupas dalam satu langkah. Ia menanggalkan sel kulit mati di permukaan dan segera melicin, menjadikan kulit berasa lembut, kelihatan lebih sihat.

Langkah 3
Lengkapkan belaian ini dengan Krim Tangan yang memberikan pelembapan sehingga 24 jam. Formula mewah ini dapat diserap dengan cepat dan membekalkan lapisan pelindung pada tangan yang boleh bertahan walaupun dicuci beberapa kali.

#boleh juga didapati dengan bauan peach segar!

Monday, 4 August 2014

Salam Syawal Aidilfitri berseri; Maaf dari hati..

Di kesempatan ini saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat.. mohon maaf sekiranya ada salah dan silap di mana-mana.

Semoga raya ini memberi suasana berseri; lebih lebih lagi kepada yang telah mula menggunakan CC Cream dan True Dimension serta mana-mana set make up Mary Kay.

Starter Kit baru untuk pengguna Botanical Effect

Mary Kay adalah satu jenama untuk menerokai.

Ia merangkumi penerokaan produk-produk yang membantu wanita berasa lebih yakin dengan dirinya, menerokai peluang ganjaran yang memperkayakan kehidupan seseorang dan penerokaan bahawa impian akan menjadi nyata apabila anda menjalankannya dengan penuh keghairahan.

Berjuta-juta wanita di seluruh dunia telah mengalami penerokaan ini dengan mengambil LANGKAH PERTAMA mendaftar untuk menjadi perunding Kecantikan Bebas Mary Kay.

Syarikat kami percaya bahawa seorang Perunding kecantikan Bebas akan menjadi lebih berjaya dalam perniagaan ini jika dia CINTAI apa yang dia jual dan KONGSI dengan pelanggannya.

~I wish I get this one time ago ;) masatu kan pengguna tegar Botanical set.. yang lembut.. segar dan sesuai untuk kulit remajaku.

So now MK telah memberi pilihan sama ada ingin mendapatkan starter kit yang mengandungi Botanical Effect atau Timewise Set. Sesuai untuk bakal perkongsi cerita dan pemakai set yang berkenaan. ~