Apa itu ESRS?
Itulah Essential Steps to Reach Success.
Setiap Beauty Consultant wajar tahu dan menghadiri kursus yang disediakan oleh syarikat ini.
Kursus ini akan diadakan selama 2 hari bermula 9 pagi sehingga 5 petang di lokasi2 yang ditetapkan sama ada di ibu pejabat di Petaling Jaya, Johor Bahru, Ipoh atau di Kota Kinabalu. Lain2 lokasi juga akan diberitahu sekiranya mencukupi peserta.
Peserta yang menghadiri kursus ini akan mendengar taklimat latarbelakang syarikat dan inspirasi daripada syarikat yang sangat berjaya ini. Serta bagaimana untuk mendapatkan muka ceria berseri dengan basic makeup.
Pada hari kedua pula akan mempelajari maklumat kulit dan jenis produk yang bersesuaian. Pastikan muka telah siap berseri setelah mempelajari basic makeup sebelum ini! Selain itu peserta diajar bagaimana untuk menjalankan kelas penjagaan wajah dari A ke Z.
Jadi jangan malu2 kerana ramai kawan2 yang baru belajar dan mentor2 yang baik hati sedia membantu mentee2 baru ini.
Komitmen diperlukan sebanyak RM50 untuk menghadiri kursus ini. Ianya tak boleh ditinggalkan kerana anda akan mendapat sijil ESRS, creme lipstick dan voucher bernilai RM200 untuk pembelian seterusnya!!
Oh ya.. dalam pada seronok mendengar ilmu baru, ada sidang mentor yang akan mengadakan kuiz dan tentulah ada gift2 menarik ;) So, berani bertanya jika tak faham dan jawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Dress code adalah formal ya. Coat hitam dengan inner yang bersesuaian, jikalau bertudung pilihlah yang bersesuaian dengan inner. Takpe first day tu juga boleh bertanya berkenaan dress code bersesuaian pada untuk event syarikat. Skirt labuh hitam.. dan stokin serta Court Shoe. Apa itu Court Shoe?
Kasut hitam yang bertutup.. Seeloknya bertumit.
Banyak dah tips untuk jadi Queen pada hari terakhir ;)
Oh ada tips lagi. Ada beberapa assignment yang akan diberi kepada semua peserta. Untuk hari kedua diwajibkan membuat Goal Poster pada sebelah malamnya.. fuhh.. So catchup betul2 apa yang disampaikan pada hari pertama dan gunakan untuk membuat goal poster tersebut.
Selamat Berjaya wahai BC sekalian!!
0 comments:
Post a Comment