Thursday, 16 February 2012

Lash Primer

Orang kata dari Mata turun ke Hati..

Mata yg menawan pasti memikat hati yang memandang. Cuba lihat artis nowadays pasti memakai bulu mata supaya nampak matanya yg menggoda dan menarik perhatian sesiapa yg memandangnya. Betul tak?



Bulan ini Mary Kay memperkenalkan Lavish Eye Primer yang mengandungi provitamin B5 (panthenol) yang dapat menyihatkan dan membantu melebatkan bulu mata selain kekal cantik. Ia digunakan sebelum memakai mana2 maskara supaya maskara yg dipakai akan mudah disapu, kekal licin, tidak comot dan mudah diguna.



Harganya cuma RM80 tetapi pada bulan permulaan ini, Mary Kay menawarkan pembelian Lavish Primer bersama Lash Love Mascara dan anda akan mendapat satu Oil Make up Remover yang sungguh menarik. Sah sehingga 15 Mac 2012.

Di sini disertakan langkah-langkah untuk mendapatkan bulu mata yang cantik dan menawan.


Jika gambar kurang jelas, di sini saya ringkaskan :

1. Guna LASH PRIMER dari akar ke bulu mata dengan gerakan ke atas.
2. Sapu pula secara zig-zag untuk mendapat sapuan yang rata
3. Setelah kering, guna pula mana-mana mascara MK (Lash Love untuk Definisi dan Kelebatan; Ultimate Mascara untuk kelebatan ekstrem) dari akar ke hujung bulu mata.
4. Kemudian sapu secara zig=zag bagi mendapatkan sapuan yang lebih rata dan menawan mana-mana mata yang memandang :)

Ok bab maskara ni saya dah guna sejak tahun lepas. Bila dikeluarkan dari botolnya, maskara tak melekit dan tak comot. Apabila disapu ke mata, volumnya tidak terlalu banyak dan mudah disapu kerana gerigi sapuannya tidak terlalu rapat, tidak terlalu jarang. Untuk hasil yg lebih tebal, sapukan sekali lagi selepas lapisan kering. Lihat perbandingan selepas menggunakannya.



Oil makeup remover pula.. wow sangat ajaib! Kandungannya terdiri daripada minyak dan air yang ketara jika ia berada dalam keadaan biasa. Sebelum penggunaan, perlu digoncang supaya kandungannya bercampur. Ia juga mengandungi sebatian silikon yang membuatkan kawasan mata lebih anjal dan kekal segar. Sekali sapuan pada mata yang ber'make-up' akan membersihkannya dengan segera. Cubalah! Harganya cuma RM70 dan berbaloi kerana sekali penggunaannya yang sedikit.

0 comments:

Post a Comment