Monday, 31 December 2012

Pengembaraan Balkan 2012 : Zagreb, Croatia and Sarajevo, Bosnia (10 - 11 October 2012)

Perjalanan diteruskan dari Budapest ke Zagreb pada pagi 10 Oktober 2012 menaiki train. Cun tak posing dalam train. Siap ada IC lagi tu padahal tak laku di sana hehe. Beg saya di sebelah tu lah yang diusung ke sana ke mari. Selain map, info, air dan barang peribadi lain, tak sah kalau tak ada Mary Kay Travel Set Timewise, Liquid Foundation dan Coral Lipstick untuk membuatkan saya segar sepanjang hari :)


Di tengah-tengah syok naik train, kena turun pula dan naik bas ekspress. Dont know why, maybe ada rail yang rosak whatsoever, tapi akhirnya rasa bersyukur naik bas sebab dapat lihat scene tepi jalan dengan melalui kampung-kampung dan pekan-pekan ke Zagreb.


Saya boleh simpulkan bahawa orang Croatia rajin-rajin dan amat mementingkan keceriaan dan kebersihan rumah mereka. Puntung kayu symbol of men yang kuat kerja dan bunga-bunga memenuhi halaman rumah menandakan tuan rumah yang rajin menanam. Tak macam saya yang tanam rumput dan lalang je haha.

Akhirnya sampai ke homestay kepunyaan this lady, juga dalam keadaan yang kemas dan teratur. Semua barang IKEA dan pandai dia menggunakan ruang yang terhad. Meh kasi gambar buat contoh.





Ini di hadapan salah satu park di Zagreb. 



Ban Jelacic Square di Zagreb. Di sini kami bertemu dengan seorang rakan web bernama Zrinka yang masih berhubung di FB sehingga kini. Beliaulah yang membawa dan menerangkan interested place di Zagreb dan membawa kami dinner di sebuah restoran Bosnian.

BOSNIA-HERZEGOVINA

Nama Bosnia masih utuh lagi dalam ingatan disebabkan situasi perang yang melanda penduduk Sarajevo pada 1992-1995. Gerun juga melihat kesan perang seperti kesan tembakan di dinding-dinding bangunan yang telah runtuh. Walau bagaimanapun, bandar ini antara bandar yang saya suka kerana mostly Muslim dan mudah mencari makanan yang halal.

 Berhenti di 'RnR' dalam perjalanan dari Zagreb ke Sarajevo.

 Subhanallah, alhamdulillah dapat lihat keindahan bumi Allah.

 Al Fatihah untuk warga Bosnian.


Akhirnya sampai di Stesen bas di Sarajevo. Gunalah Euroline untuk perjalanan yang selesa dan boleh book online awal heheh.

 Kami menetap di Old Town Sarajevo dan gambar di atas adalah kawasan Bascarsija. Kami hired travel agent untuk menerangkan sejarah Sarajevo.

Singgah solat dan melihat-lihat kawasan Wakaf Gazi Husrev-Begov.

0 comments:

Post a Comment