Monday, 31 December 2012

Pengembaraan Balkan 2012 : Istanbul - Bucharest - Budapest Day (06 - 09 October 2012)

Macam tak percaya saya sampai ke negara yang duit syiling pun tak sempat tukar.. nasib baik aunty toilet (atau WC disebut di sana means Water-Closet) boleh terima syiling Euro.

Masa ni dalam perjalanan dari Istanbul ke Romania. Perjalanan DARAT menaiki train bermula dari Istanbul pada 11 malam dan melalui negara yang saya maksudkan di atas iaitu BULGARIA dan akhirnya ke Bucharest. Kalau laluan kenderaan/kereta adalah seperti di bawah tapi laluan train tak ditunjuk pula di googlemaps :D



Gambar ni sebelum basuh muka di sebuah stesen di Bulgaria (Gorna Oryahovitsa). Jangan risau, boleh apply semula Liquid Foundation Mary Kay sebab senang di bawa ke mana-mana!

Gambar ini pada keesokan harinya setelah berada di bandar Busharest, Romania. Orang di sini cun sikit daripada saya hehe

Saya berada di hadapan train di Bucharest Station nak menuju ke Budapest. Budapest tahu tak di mana? Yup, Hungary. Kali ini barulah saya betul-betul tahu nama ibu negara-negara tersebut dan kedudukannya di peta dunia. Orang Sains kurang belajar Geography ish3x.
Kedudukannya adalah seperi googlemaps di bawah



 Di kejauhan itu adalah Danube River. Sungai kedua terpanjang di Eropah. Darat sini disebut Buda dan di seberang adalah Pest. Kami habiskan masa seharian menjelajahi bumi Budapest.

Ambil gambar church pula. Tapi takpelah. Lihat sahaja senibina Matthias Church di Budapest Promenade yang dibina pada 1015!

2 comments:

  1. salam
    terima kasih atas coretanya. membuatkan berminat nk ke sana. tumpang tanya sikit; kalau menaiki train dari istanbul apa nama station tu dan brp harga train tu ke Bulgaria? brp lama masa utk ke bulgaria. thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik train istanbul - bucharest di Sirkeci Railway Station. Dalam 22 jam tp bertukar2 train juga. Pada tahun 2012 lah. Skrg tak tahu mcmana

      Delete